Kemboja Mula Program Pemvaksinan

2021-02-11 12:52:15  CRI
Share with:

Selepas menerima sumbangan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal China, Sinopharm pada Ahad, Kemboja memulakan program pemvaksinan di empat buah hospital tempatan pada Rabu.

Anak sulung Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet turut mencuri tumpuan apabila menjadi orang pertama yang disuntik vaksin berkenaan di negara itu.

Ketika menerima suntikan di hospital hospital Calmette, Phnom Penh, beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap vaksin dibangunkan China itu, selain menggalakkan rakyat Kemboja menyertai program pemvaksinan.

Dalam pada itu, beliau juga menghargai sumbangan China sejak awal penularan pandemik termasuk peralatan dan vaksin.

Beliau berkata, tatkala keadaan getir apabila vaksin tidak mencukupi di seluruh dunia, bantuan vaksin oleh China sebanyak 600 ribu dos membolehkan rakyat Kemboja berpeluang mengikuti program itu.

Dalam pada itu, Jurucakap Kementerian Kesihatan Kemboja, Or Vandine turut memberitahu bahawa kerajaan akan mengaturkan pemvaksinan kepada lebih banyak golongan masyarakat agar

aktiviti ekonomi dapat dipulihkan dengan segera.

Untuk rekod, kerajaan Kemboja merancang mengagihkan 600 ribu dos vaksin tersebut kepada golongan yang berisiko tinggi kepada jangkitan COVID-19, seperti ahli perubatan, anggota tentera, guru, pengayuh beca dan pemandu teksi. 

张哲