Pemimpin Negara Asing, Pertubuhan Antarabangsa Sampai Salam TBC

2021-02-12 13:49:23  CRI
Share with:

Pemimpin beberapa negara asing dan pertubuhan antarabangsa tidak melepaskan peluang untuk menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baru Cina (TBC) kepada rakyat China.

Pemimpin Negara Asing, Pertubuhan Antarabangsa Sampai Salam TBC_fororder_1

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva memberi salam yang tulus ikhlas kepada rakyat China dan negara-negara Asia lain yang juga meraikan perayaan itu.

“Semoga tahun 2021 yang juga tahun lembu mengikut zodiak Cina membawa kesejahteraan, kemakmuran dan kesihatan buat semua.

"Lembu merupakan simbol kerajinan, ketekunan dan kejujuran.

"Sifat mulia tersebut amat diperlukan dalam usaha membina semula dunia pasca pandemik,” ujar Georgieva.

Pemimpin Negara Asing, Pertubuhan Antarabangsa Sampai Salam TBC_fororder_2

Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay menyatakan pada tahun lalu, seluruh dunia mengharungi kegetiran yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

Justeru katanya, pandemik mengingatkan kita supaya mengambil tindakan tepat pada waktunya untuk membaiki keretakan dan menggalakkan simbiosis semula jadi secara harmoni.

Pemimpin Negara Asing, Pertubuhan Antarabangsa Sampai Salam TBC_fororder_3

Presiden Pakistan, Arif Alvi pula mengulangi rasa syukurnya atas bantuan China dalam membendung wabak COVID-19 dan program pemvaksinan.

Beliau berkata ikatan persahabatan kukuh antara Pakistan dan China tidak hanya terletak pada kerajaan kedua-dua negara, malah bergantung kepada kemesraan di kalangan rakyat.

Pemimpin Negara Asing, Pertubuhan Antarabangsa Sampai Salam TBC_fororder_4

Selain menyampaikan ucapan selamat sempena TBC, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern turut meluahkan perasaan optimis beliau terhadap tahun baharu ini.

Sementara itu, dengan penaiktarafan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai kedua-dua negara bulan lalu, ia disifatkan sebagai satu petanda baharu dalam perkembangan hubungan New Zealand-China.

周乔西