Pakar WHO Cela Laporan NYT

2021-02-14 14:44:29  CRI
Share with:

Akhbar The New York Times mengundang kritikan pedas susulan laporannya yang memutarbelitkan pandangan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung siasatan asal usul COVID-19 di Wuhan.

Mutakhir ini, media cetak itu menyiarkan laporan dengan mentafsirkan pandangan pakar WHO di luar konteks sebagai berkata bahawa China mengganggu misi berkenaan dijalankan.

Pakar WHO Cela Laporan NYT_fororder_20210214113319

Pakar WHO, Dr. Peter Daszak, selaku Presiden EcoHealth Alliance menerusi ciapan di Twitter menyatakan, yang dilaporkan itu bukan pengalamannya semasa misi WHO dilakukan. Sebagai ketua kumpulan kerja bagi haiwan dan persekitaran, beliau mendapati rakan-rakan sekerja dari China adalah jujur, terbuka dan boleh dipercayai.

Beliau mengesahkan, pasukannya telah mendapat akses kepada data-data baharu yang penting, selain mendapat tahu lebih banyak maklumat mengenai saluran pemerebakan virus.

Pakar WHO Cela Laporan NYT_fororder_20210214113331

Pengarah makmal rujukan WHO bagi penyakit campak, rubela, influenza dan Polio, Thea K. Fischer dalam ciapannya mencela laporan akhbar itu memutarbelitkan pengalamannya yang diperoleh ketika berada di pasukan epidemiologi.

Thea berkata, pihaknya menjalin hubungan yang baik dengan pasukan China. Perbincangan hangat memaksimumkan keterlibatan pakar-pakar China.

Beliau menganggap, tindakan menyalahtafsirkan pandangan telah mencemari kerja saintifik mereka.

董筱娉