Gempa Bumi Kuat Gegar Jepun

2021-02-14 14:20:29  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter menggegarkan pantai timur Jepun pada malam Sabtu, menyebabkan lebih 100 penduduk di Fukushima dan Miyagi serta kawasan sekitar cedera. Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Syarikat Bekalan Elektrik Tokyo (Tepco) mengesahkan tiada laporan mengenai perubahan data pemantauan radiasi di loji nuklear Fukushima Daiichi yang telah ditutup selepas gempa bumi dahsyat pada 11 Mac 2011.

NHK pula melaporkan, berlaku kebocoran kecil air penyejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan bakar di unit 1 loji nuklear Fukushima Daini, namun tahap radiasi dikatakan sangat rendah.

梁靓