WHO: Kebocoran Makmal Bukan Punca COVID-19

2021-02-16 14:25:50  CRI
Share with:

WHO: Kebocoran Makmal Bukan Punca COVID-19_fororder_wuhan

Hipotesis virus COVID-19 berpunca dari kebocoran makmal tidak akan dimasukkan dalam kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada fasa seterusnya, kata ketua misi WHO Peter Ben Embarek.

Dalam sidang media pada Isnin, Peter menjelaskan kebocoran makmal diklasifikasikan sebagai "sangat mustahil" untuk dijadikan punca pemerebakan virus tersebut.

Hipotesis lain yang mempunyai kemungkinan lebih besar akan menjadi tumpuan kajian pasukan pakar WHO, termasuk teori pemerebakan virus melalui hos perantara haiwan, kelawar menjadi punca wabak serta transmisi menerusi rantai makanan sejuk beku.

Pengarah Program Kecemasan WHO, Michael Ryan pula berpandangan, kerjasama kumpulan pakar antarabangsa dengan China bertujuan membolehkan dunia lebih memahami asal usul virus serta mengambil iktibar daripadanya.

Sambil menegaskan ia bukan misi penyiasatan "salah laku", Ryan juga menegaskan WHO perlu menunjukkan rasa hormat kepada kerajaan pelbagai negara.

Beliau turut menggesa pihak-pihak terbabit supaya memberi perhatian terhadap kemajuan yang telah dicapai buat masa ini, di samping mengenal pasti bidang-bidang yang perlu diselidik pada masa kelak.

“Sekarang kita perlu melihat kepada sains, dan semua pihak harus melakukan yang terbaik untuk mencari asal usul virus menerusi kerjasama”, ujarnya.

周乔西