Pompeo Tampil Berdusta Lagi

2021-02-16 14:31:40  CRI
Share with:

Pompeo Tampil Berdusta Lagi_fororder_52348d8bdcb4cac12d00784924a6855

Mike Pompeo sekali lagi muncul di khalayak ramai dengan melontarkan dusta yang memburuk-burukkan China.

Ketika ditemu ramah oleh FOX News mutakhir ini, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mengambil kesempatan untuk melemparkan fitnah menyasar China.

Mengulas misi menyiasat asal usul COVID-19, dia berdusta dengan mencemari hasil penyelidikan saintifik pakar-pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Malahan, Pompeo juga berwasangka terhadap kunjungan pakar pertubuhan antarabangsa itu ke makmal di Wuhan serta interaksi dengan saintis China.

Namun, seperti yang diketahui ramai, pakar WHO, Peter Daszak yang terlibat dalam misi berkenaan pernah menyatakan bahawa tahap keterbukaan China menjangkaui jangkaan panel pakar. Mereka dibawa menjejak kaki ke  setiap lokasi dan  berkomunikasi dengan semua orang yang ingin dikunjungi.

董筱娉