WHO Puji Kesungguhan China

2021-02-16 14:49:45  CRI
Share with:

Misi siasatan asal usul virus COVID-19 yang dilakukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China telah selesai pada minggu lepas.

Ketelusan yang dipaparkan China dalam misi itu mendapat sanjungan daripada pakar pertubuhan tersebut.

Mutakhir ini, akhbar The New York Times menyebarkan berita palsu yang memfitnah China mengganggu siasatan dan enggan berkongsi data, hingga mengundang kritikan pedas daripada pakar WHO.

Selepas dicela mentafsirkan pandangan pakar di luar konteks, barulah media cetak itu menyiarkan laporan lengkap mengenai catatan temu ramah eksklusif bersama pakar WHO, Dr. Peter Daszak.

Dalam laporan itu, Dr. Daszak memuji prestasi China yang bertindak pantas dan profesional dalam mengawal penularan wabak, serta melakukan penyelidikan rapi dan mengumpul banyak sampel sejak awal lagi.

Beliau juga menghargai sumbangan pasukan pakar China dalam misi tersebut. 

林莹