Hungary, Negara EU Pertama Peroleh Vaksin China

2021-02-17 14:07:27  CRI
Share with:

Hungary, Negara EU Pertama Peroleh Vaksin China_fororder_20210217140518

Bekalan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) selamat tiba di Budapest, Hungary pada Selasa.

Secara tidak langsung, ia juga menjadikan Hungary sebagai negara Kesatuan Eropah (EU) pertama yang menggunakan vaksin keluaran China.

Upacara penyerahan itu diserikan dengan kehadiran setiausaha negara Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Tamas Menczer dan Duta Besar China ke Hungary, Qi Dayu di lapangan antarabangsa Liszt Ferenc, pagi Selasa.

Ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG), Menczer menyatakan bahawa vaksin China tersebut amat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat negaranya.

"Menurut kontrak pembelian, bekalan vaksin kumpulan pertama akan sampai di sini selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Kami sangat gembira melihat vaksin itu tiba lebih awal daripada yang dijadualkan," jelas Menczer.

Terdahulu, Institut Farmasi dan Pemakanan Nasional Hungary (NIPN) meluluskan penggunaan vaksin menyahaktifkan virus yang diusahakan Sinopharm pada 29 Januari, sekali gus menjadikannya negara EU pertama yang berbuat demikian.

 

董筱娉