Impak Gempa Bumi Terus Dirasai Fukushima

2021-02-18 14:25:47  CRI
Share with:

Ribut taufan ekoran gempa bumi yang membadai Fukushima dan Miyagi, Jepun kebelakangan ini telah menyebabkan 160 orang cedera dan 2,322 rumah rosak.

Setakat petang semalam, masih terdapat 13,000 keluarga di Miyagi tiada bekalan air.

Gempa bumi kuat yang melanda pantai timur Jepun pada Sabtu lalu juga memusnahkan kelengkapan kilang syarikat Hitachi Astemo di Fukushima, hingga mengakibatkan 14 talian pengeluaran sembilan kilang Toyota Motor dihentikan operasi.

Bencana itu dilaporkan turut merosakkan 10 tiang jambatan dan 20 tiang elektrik bagi tren Shinkansen di bahagian timur laut. Perkhidmatan pengangkutan berkenaan dijangka disambung semula pada Rabu depan setelah dibaikpulih.

高蕾