AS, Israel Bincang Hubungan Bilateral, Isu Rantau

2021-02-18 14:44:28  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung menerusi telefon semalam untuk membincangkan hubungan bilateral dan isu-isu rantau.

Ini kali pertama Biden mengadakan perbualan telefon dengan Netanyahu setelah menyandang jawatan Presiden AS.

White House dalam satu kenyataan memaklumkan, Biden telah menegaskan “komitmen kukuh” terhadap keselamatan Israel, dan akan terus mengintensifkan perkongsian kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk kerjasama pertahanan.

张宪