Cantas Hubungan, Jejas Kepentingan Sendiri

2021-02-19 15:36:45  CRI
Share with:

Kepentingan Amerika Syarikat (AS) sendiri akan terjejas teruk jika negara itu memutuskan hubungan ekonomi dan perdagangannya dengan China, kata Dewan Perniagaan AS (CCUS).

CCUS di China dan Kumpulan Rhodium dalam satu laporan dikeluarkan bersama, menyeru penggubal dasar AS mempertimbangkan dengan teliti hubungan antara kedua-dua entiti ekonomi berdasarkan fakta dan data berkenaan bagi menggubal dasar yang lebih munasabah terhadap China.

Laporan itu menjangkakan, Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) AS akan susut sebanyak USD190 bilion setahun menjelang 2025 jika penguatkuasaan tarif setinggi 25% diperluaskan kepada semua sektor perdagangan dua hala.

Sementara itu, laba modal pelabur AS juga akan mengalami kerugian sebanyak USD25 bilion setahun sekiranya stok pelaburan langsung asing (FDI) syarikat AS di China berkurangan separuh daripada keseluruhan.

Menurut analisis, jika hubungan dengan China dicantas, impaknya akan turut dirasai sektor-sektor penting AS termasuk penerbangan awam dan semikonduktor.

高蕾