Vaksin Sinovac Berkesan Terhadap Varian Baharu

2021-02-19 11:48:27  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 yang dihasilkan syarikat China, Sinovac Biotech berkesan dalam  menangani dua varian baharu virus itu, menurut sebuah agensi penyelidikan Brazil dipetik Reuters.

Pengarah Institut Butantan di Sao Paulo, Dimas Covas kelmarin mengatakan bahawa vaksin Sinovac didapati berkesan terhadap varian virus COVID-19 yang ditemui di Britain dan Afrika Selatan melalui ujian.

Institut tersebut dilaporkan juga sedang menguji keberkesanan vaksin Sinovac terhadap varian virus yang dijumpai di Manaus, Brazil.

"Keputusan akan diperolehi tidak lama lagi, dan kami yakin vaksin itu dapat memberi perlindungan terhadap mutasi baharu yang dikesan di Manaus," ujar Covas.

Beliau turut menjangkakan, vaksin Sinovac mempunyai kelebihan berbanding jenis vaksin lain kerana ia dihasilkan dengan teknologi menyahaktifkan virus.

曹捷