Naib Presiden Zimbabwe Disuntik Vaksin China

2021-02-19 13:49:55  CRI
Share with:

Zimbabwe memulakan program pemvaksinan COVID-19 di seluruh negara menggunakan vaksin keluaran China pada Khamis. 

Petugas perubatan serta kakitangan di lapangan terbang dan pintu sempadan menjadi golongan pertama mengambil suntikan vaksin yang dihasilkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm).

Naib Presiden merangkap Menteri Kesihatan, Constantino Chiwenga pula menjadi penerima vaksin pertama di negara itu.

Beliau memaklumkan, China telah membekalkan 200,000 dos vaksin kepada Zimbabwe. Kerajaan Zimbabwe berkeyakinan penuh terhadap vaksin keluaran Sinopharm itu.

高蕾