Tunjuk Perasaan Bantah Pengusiran di Detroit

2021-02-22 13:20:17  CRI
Share with:

Tunjuk Perasaan Bantah Pengusiran di Detroit_fororder_底特律1

Beratus-ratus pemprotes berkumpul di Detroit, bandar terbesar di Michigan, Amerika Syarikat (AS) membantah pengusiran pada Sabtu lalu waktu tempatan.

Para pemprotes memegang slogan "black homes matter" sambil meneriak "tiada kumuh, tiada polis, semua pengusiran mesti dihentikan" untuk membantah insiden golongan minoriti diusir dari rumah sewa oleh tuan rumah dan polis.

Pada Disember lalu, seorang ibu kulit hitam dan empat anaknya diusir dari rumah sewa oleh tuan rumah itu dengan bantuan polis di Detroit. Insiden itu mencetuskan ketidakpuasan dan kemarahan banyak penduduk tempatan serta pertubuhan hak asasi manusia. Kegiatan protes turut berlaku di beberapa tempat di negara itu.

胡星