IAEA dan Iran Capai Perjanjian Sementera

2021-02-22 13:11:05  CRI
Share with:

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Iran telah berjaya mencapai satu perjanjian teknologi sementara pada Ahad.

Ketua Pengarah IAEA, Rafael Mariano Grossi mencapai perjanjian tersebut dengan pihak Iran, sempena lawatannya selama dua hari ke Tehran.

Setelah kembali ke Vienna, Grossi memberitahu wartawan bahawa perjanjian sementara itu merupakan keputusan rasional yang diterima oleh kedua-dua pihak.

Ia membolehkan IAEA boleh terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang perlu di wilayah Iran.

Beliau menambah, perjanjian sementara itu akan dilaksanakan tidak melebihi tiga bulan, dan satu perjanjian komprehensif diharap dapat dicapai kemudian.

Menurut pengumuman bersama Iran dan IAEA, Iran akan menyimpan bahan video penyeliaan terhadap kemudahan nuklearnya. Sekiranya Amerika Syarikat (AS) membatalkan sekatannya terhadap Iran dalam tiga bulan akan datang, maka Iran akan menyerahkan bahan video tersebut kepada IAEA. Kalau tidak, bahan itu akan dimusnahkan.

胡星