4 Maut Serangan Ganas di Pakistan

2021-02-23 13:13:43  CRI
Share with:

Menurut polis Pakistan, serangan ganas yang berlaku di Waziristan Utara, barat laut negara itu semalam, mengakibatkan 4 orang maut.  

Media tempatan melaporkan, kereta yang membawa mangsa terlibat mengalami tembakan daripada kumpulan pengganas.  Pemandu kereta tercedera dalam serangan itu.

Setakat ini, masih belum ada pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Waziristan Utara, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan, menjadi tempat bersembunyi cengkaman pengganas akhir-akhir ini.

覃淼