Sumbangan Vaksin China Tiba di Mesir

2021-02-24 14:29:28  CRI
Share with:

Sumbangan Vaksin China Tiba di Mesir_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_ab6e3a09-dca9-45ea-8460-1fe63f5de4df.JPG

Vaksin COVID-19 yang disumbangkan China untuk Mesir dan Sekretariat Liga Arab selamat tiba di Kaherah, pagi Selasa, waktu tempatan.

Upacara menyambut ketibaan vaksin di lapangan terbang dihadiri Duta Besar China ke Mesir, Liao Liqiang dan Penolong Menteri Kesihatan dan Penduduk Mesir, Wael El Saaey.

Ketika diwawancara oleh Kumpulan Media China (CMG), Liao berkata, sumbangan vaksin merupakan antara tindakan praktikal China bagi menunaikan janji menjadikan vaksin sebagai produk awam global.

Sumbangan Vaksin China Tiba di Mesir_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_c171387c-5b83-422e-922e-de9848ae5c07.JPG

Beliau berharap vaksin China dapat membantu usaha Mesir memerangi COVID-19, selain memperkasa kerjasama kedua-dua negara dalam melawan pandemik.

"China dan Mesir akan melakukan lebih banyak kerjasama dalam memerangi wabak pada fasa seterusnya.

"China telah memberikan bantuan kepada lebih 50 negara yang kebanyakannya negara membangun, di samping menjalankan kerjasama dengan lebih 20 negara yang mahu membeli vaksin keluaran China, selain turut menyumbangkan 10 juta dos vaksin kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," tambah Liao.

Beliau turut menegaskan bahawa bantuan China itu tidak menyasarkan sebarang tujuan geopolitik dan kepentingan ekonomi, tanpa disertakan syarat politik.

Bagi pihak Mesir, Wael El Saaey merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan vaksin China tersebut sambil menyatakan Mesir dan China telah menjalankan kerjasama yang luas dalam bidang kesihatan.

"Kerjasama itu turut memperlihatkan hubungan akrab dan persahabatan kukuh antara rakyat kedua-dua negara.

"Vaksin China sangat meyakinkan dan telah mendapat pengiktirafan yang tinggi di Mesir," kata beliau.

张哲