IFAD: Kejayaan China Basmi Kemiskinan Satu Pencapaian Bersejarah

2021-02-25 12:20:32  CRI
Share with:

Dengan perjuangan gigih selama lapan tahun, China berjaya membawa hampir 100 juta penduduknya keluar dari belenggu kemiskinan, sekali gus merealisasikan matlamat pembasmian kemiskinan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Agenda Pembangunan Mampan dengan 10 tahun lebih awal.

Pengarah Jabatan Asia-Pasifik Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (IFAD), Nigel Brett dalam satu temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) menyifatkan penghapusan kemiskinan mutlak di China sebagai kejayan bersejarah.

Menurut beliau, pencapaian sedemikian tidak pernah berlaku di mana-mana negara lain dengan begitu pantas.

Jelas Brett, setelah mengkaji secara teliti, beliau mendapati kejayaan China itu adalah hasil daripada beberapa faktor utama.

"Antara penyumbang kepada pembasmian kemiskinan mutlak di China termasuk keutamaan kerajaan memberi kepada kaum tani dan pembangunan luar bandar, serta amat menitikberatkan inovasi sains dan teknologi serta pembinaan infrastruktur.

"Selain itu, interaksi yang rancak antara sektor pengeluran dan pasaran juga menjadi pendorong kepada kejayaan tersebut", ujar beliau.

Sementara itu, Brett turut memberitahu bahawa pengalaman China dalam mengurangkan kemiskinan adalah signifikan dan telah dikongsikan kepada pelbagai negara di dunia.

Beliau turut menambah bahawa IFAD juga berhasrat untuk mempertingkat kerjasama dengan China ke satu tahap yang baharu.

张哲