Venezuela Usir Duta EU

2021-02-25 12:53:27  CRI
Share with:

Menteri Luar Venezuela, Jorge Arreaza mengumumkan pihaknya memutuskan untuk mengusir Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke negara itu, Isabel Brilhante Pedrosa dan menuntutnya meninggalkan wilayah Venezuela dalam tempoh 72 jam.

Menurut Jorge Arreaza, Isabel Brilhante Pedrosa disenaraikan sebagai "orang tidak dialu-alukan" berdasarkan keputusan Presiden Nicolas Maduro Moros.

Untuk rekod, EU dianggap mencampur tangan dalam hal ehwal dalaman Venezuela dalam beberapa tahun lalu. Blok itu telah meluluskan 55 resolusi dan tindakan sekatan ke atas negara itu.

Pada Isnin, EU mengumumkan 19 orang Venezuela disenaraikan sekatan, antaranya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Negara, komander markas strategik angkatan tentera negara itu dan lain-lain.

覃淼