"Keluar dari Kemiskinan" Episod 8: Melangkah ke Hadapan

2021-02-26 12:19:43  CRI
Share with:

Sehingga tahun 2020, China telah berjaya menyelesaikan misi membasmi kemiskinan secara menyeluruh. Untuk itu, China Media Group (CMG) membuat dokumentari bersiri yang berjudul "Keluar dari Kemiskinan" untuk mengabadikan misi cemerlang tersebut.

"Keluar dari Kemiskinan" yang terdiri daripada lapan episod tersebut mula disiarkan melalui saluran televisyen China Central Television (CCTV) dan aplikasinya pada 18 hingga 25 Februari ini.

Episod kelapan bertajuk "Mara  ke Matlamat Baharu" menceritakan bahawa kejayaan China dalam membasmi kemiskinan tegar bukan titik penamat, sebaliknya langkah pertama ke arah kemakmuran bersama. China sedang berusaha ke arah      merealisasikan visi membina negara sosialis yang moden secara menyeluruh.

Pencapaian masa lampau akan terus memberikan inspirasi kepada negara ini untuk terus mara sehingga mencapai Matlamat 100 Tahun yang kedua demi impian kebangkitan semula nusa dan bangsa.

周乔西