Vaksin Buatan China Diluluskan di Berpuluh-puluh Negara

2021-02-26 14:39:19  CRI
Share with:

China sudah atau sedang menghulurkan bantuan vaksin COVID-19 kepada 53 negara, di samping mengeksport vaksin ke 27 negara. Sementara itu, berpuluh-puluh negara telah meluluskan penggunaan vaksin buatan China. Ini pengiktirafan terhadap kualiti vaksin China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian dalam sidang media semalam.

Menurutnya, bantuan atau eksport vaksin China kepada Singapura, Mongolia, Mesir, Thailand, Dominica dan Bolivia telah tiba di negara-negara berkenaan.

Zhao berkata, China akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menggalakkan pengagihan vaksin secara adil di dunia dan bersama-sama mengatasi wabak.

徐国玮