AS Serang "Militia Disokong Iran" di Syria

2021-02-26 13:33:07  CRI
Share with:

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan semalam, tentera negara itu telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa kemudahan militia yang disokong oleh Iran di timur Syria. Ini adalah tindak balas terhadap serangan roket terhadap sasaran AS di Iraq.

Menurut laporan Reuters, serangan udara itu dilakukan dengan kelulusan Presiden Joe Biden.

Dalam pada itu, menurut sumber dari tentera Syria, pelabuhan Abu Kamal di timur Syria yang bersempadan dengan Iran, mengalami banyak kali serangan udara pada malam semalam.

胡星