Statistik Benar Tolak Dakwaan Belanda tentang Xinjiang

2021-02-27 15:22:39  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang taklimat semalam membentangkan statistik tentang peningkatan jumlah orang etnik Uygur di wilayah Xinjiang dalam tempoh empat dekad lalu sebagai menolak dakwaan parlimen Belanda yang menyebut wujudnya "genosid" di Xinjiang.

Menurutnya, usul parlimen Belanda itu bercanggahan dengan fakta dan undang-undang, sengaja menghitamkan nama China serta mencampur tangan dalam urusan dalaman China. China menzahirkan bantahan keras terhadap usul tersebut.

Menurutnya, jumlah penduduk etnik Uygur di Xinjiang bertambah daripada 5.55 juta pada 1978 kepda 12.71 juta pada 2018, iaitu meningkat lebih sekali ganda.

Pada 2010 hingga 2018, kadar peningkatan jumlah orang etnik Uygur di Xinjiang lebih tinggi berbanding dengan kadar purata di wilayah itu, malah lebih 10 kali ganda berbanding dengan kakar peningkatan orang etnik Han.

Isu melibatkan Xinjiang pada hakikatnya adalah masalah memerangi keganasan, ekstremisme dan pemisahan. Isu itu berkaitan dengan kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara. Kerajaan China komited membanteras keganasan dan ekstremisme. Dengan usaha bersama-sama rakyat pelbagai etnik, tiada satu kes keganasan pun berlaku di Xinjiang dalam tempoh lebih empat tahun yang lalu. Masyarakat di sana aman, stabil dan berkembang baik. Penduduknya hidup bahagia dan sejahtera.

徐国玮