Syria Pintas Peluru Berpandu Israel

2021-03-01 11:14:58  CRI
Share with:

Sistem pertahanan udara Syria memintas peluru berpandu yang dilancarkan Israel menyasar sekitar Damsyik pada Ahad.

Kementerian Pertahanan Syria dalam kenyataan berkata, tentera Israel melancarkan serangan udara dari Golan Heights yang didudukinya, menyasarkan beberapa lokasi sekitar Damsyik pada waktu malam Ahad.

Pasukan pertahanannya berjaya memintas kebanyakan peluru berpandu.

Setakat ini, tiada kematian dan kecederaan dilaporkan susulan serangan tersebut.

董筱娉