Model China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi

2021-03-01 13:57:33  CRI
Share with:

Kejayaan China dalam usaha membasmi kemiskinan menjadi model untuk dicontohi negara lain, ujar ahli ekonomi Bangladesh ketika ditemu ramah Kumpulan Media China (CMG) mutakhir ini.

Model China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_eca6409f-c926-4581-855a-fa7958b50a52

Profesor Md. Ainul Islam dari Universiti Jagannath Bangladesh berpendapat, pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan secara bersasar oleh kerajaan China membolehkan peruntukan kewangan benar-benar digunakan untuk barisan terdepan.

Sementara itu, aktiviti ekonomi di desa dan kawasan terpencil dirancakkan menerusi skim bantuan berkesan, yang turut memacu kedinamikan ekonomi setempat.

“Pelbagai inisiatif seperti program penempatan semula di bawah skim bantuan kemiskinan membawa sinar harapan buat golongan miskin mutlak yang tinggal di kawasan terpencil. China sememangnya menunjukkan teladan baik kepada dunia,” katanya.

Model China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_fb8f74bc-e29b-4f38-a94e-a79f0e048103

Dr. Sayma Hoque Bidisha dari Universiti Dhaka Bangladesh pula menganggap, pencapaian China yang cukup impresif itu berkat kesungguhannya dalam mempercepat proses pengindustrian dan urbanisasi, mempopularkan pendidikan vokasional dan menyempurnakan sistem jaminan sosial.

Model China Basmi Kemiskinan Boleh Dicontohi_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6012_f27449e8-1055-453c-b685-3a23bd8d5347

周乔西