Surat Balas Isteri Xi Sampai di Sekolah Jerman

2021-03-02 14:47:32  CRI
Share with:

Surat Balas Isteri Xi Sampai di Sekolah Jerman_fororder_tu

Kakitangan Kedutaan Besar China di Jerman mengedarkan surat balas Peng Liyuan, isteri Presiden China Xi Jinping kepada pelajar dan guru Sekolah Tinggi Burg Gymnasium yang dibuka semula baru-baru ini.

Ketika berlangsungnya majlis penyerahan surat, dua orang pelajar melafazkan surat balas yang dibuat isteri Xi dalam bahasa Cina serta versi terjemahan dalam bahasa Jerman.

Selepas itu, wakil sekolah itu meminta pihak kedutaan China supaya mengedarkan surat balas mereka kepada Peng, dengan harapan bahawa interaksi secara fizikal antara dua negara dapat dipulihkan seperti biasa.

Pihak sekolah juga berkata akan terus menyumbang kepada ikatan muhibah lebih kukuh dalam kalangan belia sesama negara.

董筱娉