Berjiwa Rakyat, Kunci Kejayaan PKC

2021-03-06 16:33:25  CRI
Share with:

Kejayaan Parti Komunis China (PKC) terletak pada kesanggupannya menguasai teori maju, serta belajar daripada sejarah dan rakyat.

Pujian itu diberi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Parti Komunis Persekutuan Rusia (CPRF), Gennady Zyuganov menerusi artikelnya yang diterbitkan akhbar Pravda pada 4 Mac.

Zyuganov  menyatakan PKC telah melakar kecemerlangan sejak ditubuhkan 100 tahun lalu, yang memimpin rakyatnya menuju ke kebangkitan nusa dan bangsa, di samping membuat sumbangan besar terhadap seluruh dunia.

Beliau berpendapat, prinsip “rakyat didahulukan" yang dijunjung tinggi PKC membolehkannya mendapat tempat di hati rakyat.

梁靓