Sarjana AS Optimistik Terhadap Hubungan dengan China

2021-03-07 15:35:45  CRI
Share with:

Profesor Joseph Nye dari Universiti Harvard mengingatkan AS supaya jangan menyalahfahami peningkatan kekuatan ekonomi China, dan jangan mengabaikan juga kelebihan sendiri dalam pelbagai bidang.

Dalam artikel yang diterbitkan pada laman sesawang “Project Syndicate” akhir-akhir ini, Joseph Nye menyatakan, AS tidak sepatutnya menguar-uarkan rasa gentar  terhadap China, sehingga mencetuskan reaksi keterlaluan.

Walaupun Rumah Putih menyifatkan hubungan AS dengan China sebagai satu persaingan sengit, namun menurut Joseph Nye, ia bukanlah begitu pesimistik.

Jelas beliau, kesalingbergantungan dalam bidang ekonomi dan ekologi telah mengurangkan kemungkinan tercetusnya Perang Dingin antara AS dan China. Ini kerana terdapat motivasi bagi kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam banyak bidang.

张哲