Duta Rusia: Pembangunan Ekonomi China Signifikan

2021-03-07 14:02:54  CRI
Share with:

Duta Rusia: Pembangunan Ekonomi China Signifikan_fororder___172.100.100.3_temp_9500027_1_9500027_1_1_7e4a1fec-6a8b-46f4-9281-5766d41c53d6

Pembangunan ekonomi China signifikan bagi usaha Rusia merancakkan pemulihan, ujar Duta Besar Rusia, Andrei Denisov.

Dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) selepas ikut serta sidang keempat Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-13 di sini, pada Jumaat, Denisov berkata, China rakan dagang utama bagi Rusia.

Walaupun berdepan cabaran getir pada tahun lepas, namun jumlah dagangan antara kedua-dua negara kekal mapan hingga melepasi USD100 bilion (RM406.1 bilion).

“Rusia berbesar hati melihat ekonomi China mengekalkan momentum pertumbuhan. Prestasi perdagangan dua hala dengan struktur yang ditambah baik boleh dioptimumkan untuk memacu pembangunan masing-masing,” ujar beliau.

Selain menumpu kepada pembangunan inovatif, Denisov turut menyanjung kejayaan China dalam program pembasmian kemiskinan, yang membolehkan rakyat segenap lapisan masyarakat menikmati kehidupan lebih baik.

周乔西