Iran Seru JCPOA Dilaksanakan Semula

2021-03-08 13:42:33  CRI
Share with:

Presiden Iran, Hassan Rouhani semalam menyeru pelbagai pihak yang terbabit mematuhi resolusi No.2231 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan melaksanakan semula Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) mengenai isu nuklear Iran.

Menurut laporan Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), ketika ditemui Menteri Luar Ireland yang sedang melawat Tehran, Rouhani menyatakan bahawa Iran yang menyumbangkan usaha dalam memelihara perjanjian tersebut, merupakan satu-satunya pihak yang membuat pengorbanan dan tidak mungkin terus berbuat sedemikian. Beliau menuntut Amerika Syarikat membatalkan sekatan terhadap negaranya.

曹捷