Kerjasama Vaksin Pamer Kebertanggungjawaban China

2021-03-09 10:59:05  CRI
Share with:

Kerjasama Vaksin Pamer Kebertanggungjawaban China_fororder_rBABCmA18hmAKVUhAAAAAAAAAAA689.6124x4082.660x440

Lebih 20 juta dos vaksin COVID-19 telah disalurkan kepada 20 buah negara menerusi program pengedaran vaksin antarabangsa, COVAX akhir-akhir ini.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Grebeyesus berkata, 14.4 juta lagi dos vaksin akan disediakan kepada 31 negara dan wilayah lain dalam masa terdekat.  

Semasa sesi ke-73 Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Mei 2020, Presiden China Xi Jinping menzahirkan komitmen untuk menawarkan vaksin COVID-19 sebagai produk awam global, supaya negara membangun boleh mendapat akses dan mampu menanggung kos penggunaannya.   

Kesungguhan yang dipamerkan China itu juga adalah sejajar dengan matlamat COVAX untuk memastikan kesamarataan semua negara dalam memperoleh vaksin COVID-19 yang selamat dan efektif.

Untuk rekod, China menyertai program COVAX pada bulan Oktober tahun lalu, di samping mengumumkan tawaran 10 juta dos vaksin kepada program itu bagi kegunaan kecemasan negara membangun.

Kerjasama Vaksin Pamer Kebertanggungjawaban China_fororder_1127148294_16144331241801n

Selain itu, China telah menyediakan sumbangan vaksin kepada 69 negara dan dua pertubuhan antarabangsa setakat hujung Februari lalu.  

Sumbangan China itu boleh dilihat sebagai tindakan praktikal untuk menggalas tanggungjawab sendiri dan merancakkan kerjasama antarabangsa dalam memerangi wabak.

张哲