Laporan PBB tentang Kesamarataan Jantina di Rantau Asia Pasifik

2021-03-09 11:47:41  CRI
Share with:

Satu laporan diumumkan bersama Suruhanjaya Sosioekonomi Asia Pasifik PBB dan Jabatan Wanita PBB mendedahkan bahawa kemajuan besar dapat disaksikan dalam menjamin kesamarataan jantina dan pemberian hak kepada golongan wanita di rantau Asia Pasifik, walaupun masih terdapat cabaran tentang hak dan kepentingan wanita yang tersekat akibat kelaziman masyarakat.

Diulas lanjut dalam laporan tersebut bahawa kemajuan besar dapat disaksikan dalam bidang-bidang seperti memastikan golongan wanita dapat menguasai sebahagian sumber sosial, menerima pendidikan dan menyertai kehidupan awam, memperbaiki kesihatan serta mengurangkan kadar kematian wanita hamil  melalui pelaksanaan rancangan perlindungan masyarakat di rantau tersebut. Walau begitu, bagaimana menjamin penyertaan wanita dalam membuat keputusan dan keadilan jantina masih dianggap cabaran besar dihadapi warga rantau Asia Pasifik.

Pada hari yang sama, kedua-dua badan PBB tersebut pula mengadakan seminar secara maya di Bangkok, Thailand untuk membenarkan sumbangan diberikan wanita dan kanak-kanak perempuan dalam mendorong pemulihan ekonomi dan sosial pasca wabak COVID-19 di samping menumpukan perhatian terhadap status dan kepentingan milik golongan wanita yang mendapat layanan yang kurang adil di rantau Asia Pasifik.

 

张宪