Tokoh-tokoh Antarabangsa Menentang Sekatan Ofcom Terhadap CGTN

2021-03-10 14:29:27  CRI
Share with:

Tokoh-tokoh Antarabangsa Menentang Sekatan Ofcom Terhadap CGTN_fororder_7acb0a46f21fbe09e6554a0bb9e2263b8744ad35

Ramai tokoh terkemuka antarabangsa dalam sebuah surat terbuka yang diterbitkan dalam surat khabar 'Morning Star' Britain dan laman web rasmi kempen 'No Cold War' menyatakan bantahan terhadap Pejabat Komunikasi (Ofcom)  United Kingdom (UK) mengenakan sekatan kepada China Global Television Network (CGTN).

Tokoh-tokoh terkemuka tersebut melibatkan penulis, wartawan, pengeluar filem dan ahli muzik di Britain seperti wartawan veteran Australia yang juga pengarah filem, John Pilger, pengarah filem, penerbit dan penulis skrip yang pernah memenangi Anugerah Oscar sebanyak tiga kali, Oliver Stone dan pengeluar filem yang juga pemenang Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Anugerah Filem Akademi Britain, Ken Loach.

Tokoh-tokoh Antarabangsa Menentang Sekatan Ofcom Terhadap CGTN_fororder_472309f790529822e4d3bce4194851c30b46d444

Dalam surat terbuka yang bertajuk Menentang Sekatan Ofcom Terhadap CGTN bagi Pertahankan Kebebasan Bersuara itu, tokoh-tokoh tersebut menyeru pihak berkuasa Britain membatalkan sekatan dan menghidupkan semula lesen penyiaran CGTN kerana tindakan penapisan itu dianggap membelakangi kepentingan Britain dan rakyatnya.

Anggota kempen 'No Cold War', Fiona Edwards dalam temu bual dengan wartawan 'Morning Star' berkata, sekatan terhadap CGTN dilaksanakan pihak berkuasa Britain semasa sentimen permusuhan AS terhadap China yang semakin meningkat.  Mentaliti Perang Dinding seumpama itu mengakibatkan pelbagai tindakan provokatif terhadap China.

Menurut Fiona Edwards lagi, penghidupan semula lesen penyiaran CGTN amat penting bagi menyediakan peluang kepada rakyat Britain untuk mendengar suara China.

曹捷