Thomas Bach Sanjung Persiapan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2021-03-11 11:34:31  CRI
Share with:

Thomas Bach Sanjung Persiapan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing_fororder_1127197121_16154242764621n

Sidang Pleno ke-137 Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC) telah diadakan secara telesidang semalam.

Thomas Bach, warga Jerman yang berusia 67 tahun,  sebagai satu-satunya calon dalam pemilihan Pengerusi Jawatankuasa IOC, berjaya melanjutkan tempoh perkhidmatannya hingga 2025.

Dalam ucapan setelah terpilih lagi sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, Thomas Bach mengemukakan satu cadangan bahawa moto Olimpik “faster higher stronger” ditambah lagi satu kata iaitu “together” yang membawa makna “berganding bahu dan bersama-sama”.

Thomas Bach Sanjung Persiapan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing_fororder_1127197121_16154242764901n

Bach menerangkan bahawa, kini sangat perlu untuk bersatu padu dan berusaha menangani pandemik COVID-19 dan menyahut cabaran besar yang lain.

Selain itu, beliau juga menegaskan walaupun dihadapi banyak cabaran akibat wabak, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kelihatan sudah menyelesaikan persiapan yang menyakinkan untuk menghimpunkan semua atlet acara sukan musim sejuk yang unggul dari seluruh dunia untuk beraksi dalam temasya sukan yang bersifat global itu.

张宪