IMF: Hargai Usaha China yang Fokuskan Kualiti Pertumbuhan Ekonomi

2021-03-12 15:04:47  CRI
Share with:

Jurucakap Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Gerry Rice mengujarkan penghargaan IMF terhadap usaha China yang memfokuskan kualiti pertumbuhan ekonomi semalam.

Menurut beliau, China telah menyasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% bagi tahun ini, yang menandakan negara gergasi itu memfokuskan penyelarasan semula dan kualiti sepanjang pembangunan ekonomi.

Memandangkan ekonomi China yang terjejas teruk dalam penularan wabak COVID-19 pada tahun lepas dan pulih cepat pada masa sekarang, kadar itu mudah dicapai. Bagaimanapun, IMF telah mengemaskinikan unjuran terbabit sebanyak 8.1% bagi tahun ini dalam laporannya mengenai prospek ekonomi dunia edisi Januari.

Dalam perkembangan lain, Rice juga menghargai usaha China dalam menangani perubahan iklim.

高蕾