Bach: Terima Kasih Kerana Sediakan Vaksin

2021-03-12 13:33:57  CRI
Share with:

Bach: Terima Kasih Kerana Sediakan Vaksin_fororder_bach

Jawatankuasa Olimpik China komited menawarkan vaksin Covid-19 kepada para atlet yang bakal menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Olimpik China, dan turut menyatakan IOC akan menanggung kesemua kos yang berkaitan.

Menurut beliau, vaksin tersebut akan diberikan kepada atlet melalui dua pendekatan, iaitu melalui kerjasama rakan kongsi antarabangsa, atau dihantar terus kepada negara dan kawasan yang sudah menandatangani kontrak kerjasama vaksin dengan China.

Selain itu, beliau turut berpendapat bahawa sokongan dari China betul-betul mencerminkan semangat Olimpik iaitu kerjasama dan bersatu padu.

Jelas Bach lagi, usul itu membawa makna signifikan yang boleh menjamin penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo diadakan dengan selamat.

Justeru katanya, IOC menyokong teguh pengagihan vaksin di pelbagai negara dan kawasan secara adil dan rasional.

胡星