Antonio Guterres: Vaksin COVID-19 Mesti Dijadikan Produk Awam Sejagat

2021-03-12 12:13:40  CRI
Share with:

Antonio Guterres: Vaksin COVID-19 Mesti Dijadikan Produk Awam Sejagat_fororder_微信图片_20210312105213

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah melancarkan kempen promosi 'Only Together', dan menyeru agar vaksin COVID-19 dijadikan produk awam sejagat di bawah program pemvaksinan PBB untuk membekalkan vaksin kepada orang yang mempunyai keperluan di merata tempat di dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam ucapannya menyatakan bahawa wabak COVID-19 telah mengundang kesengsaraan kepada seluruh dunia, meragut lebih 2.5 juta nyawa serta menyebabkan berjuta-juta orang akan mengalami masalah kesihatan untuk suatu jangka masa yang panjang.  

Vaksin COVID-19 yang berjaya dihasilkan membawa sinaran harapan kepada umat manusia. Tetapi yang mengesalkan itu adalah kebanyakan vaksin yang sedia ada hanya digunakan oleh beberapa negara kaya sahaja. Guterres menyatakan bahawa vaksin COVID-19 semestinya dijadikan produk awam sejagat, kerana tidak ada mana negara yang dapat mengatasi krisis ini dengan hanya bergantung kepada usaha sendiri.

Menurut beliau, inisiatif COVAX yang diterajui PBB merupakan cara yang paling baik untuk menjadikan vaksin sebagai produk awam sejagat. Beliau menyeru program ini dilaksanakan dalam lingkungan sejagat dan berperanan melindungi keselamatan warga perubatan dan golongan yang paling lemah di dunia.

曹捷