CAI Dijangka Dorong Pelaburan Syarikat Eropah ke China

2021-03-14 13:32:29  CRI
Share with:

Perjanjian Komprehensif Pelaburan (CAI) China-Eropah akan menawarkan syarat dan peraturan kemasukan pasaran yang lebih menentu dan baik dari segi undang-undang kepada syarikat, pelabur dan pembekal perkhidmatan dari negara Eropah di China.

Demikian terkandung dalam pengumuman penerangan dikeluarkan Suruhanjaya Kesatuan Eropah kelmarin waktu tempatan.

Menurut pengumuman tersebut, China merupakan rakan pdagang yang utama bagi EU. Jumlah pelaburan syarikat Eropah di China telah mencatat EUR46 bilion (RM718 bilion) dalam tempoh 20 tahun yang lalu. Di samping itu, China pula mempunyai seramai 1.4 bilion pengguna beserta pasaran domestik yang berkembang pesat. Sehubungan itu, sumbangan China terhadap pertumbuhan ekonomi global dijangka akan mencapai kira-kira 30% untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Menurut data statistik dikeluarkan Kementerian Perdagangan China, jumlah perdagangan China-EU telah meningkat 4.9% dengan menokok USD649.5 bilion (RM2.67 trilion) pada 2020, sekali gus menjadikan negara ini rakan dagang terbesar bagi EU.

Rundingan terhadap CAI China-Eropah telah diselesaikan sebelum penghujung 2020 mengikut jadual. Kini, kerja penyemakan dan penterjemahan terhadap dokumen berkenaan sedang dijalankan kedua-dua pihak untuk menjadikan perjanjian tersebut ditandatangani secara rasmi dengan seawal mungkin.

张宪