Laporan Sistem Penyiaran Columbia (CBS) Amerika Serikat (AS) semalam mendedahkan bahawa kes jenayah melibatkan pembencian anti-ketrunan Asia pada 2020 melambung hampir 150% di bandar-bandar utama negara itu.
Angka statistik tersebut dipetik daripada sebuah laporan diumumkan oleh Pusat Pengajian Pembencian dan Ekstremisme Kolej San Bernardino Universiti Negeri California (CSU). Hasil penyelidikannya terhadap kes jenayah di 16 buah bandar besar AS, menunjukkan bahawa jumlah kes jenayah anti-keturunan Asia mencapai puncak gelombang pertama serentak dengan tercetusnya kes wabak COVID-19 pada Mac dan April 2020.
Selain itu, pertubuhan 'Stop AAPI Hate' (menghentikan pembencian terhadap warga AS keturunan Asia dan Kepulauan Pasifik) pula mendedahkan lebih 2,800 peristiwa pembencian terhadap warga AS keturunan Asia dilaporkan sejak tercetusnya pandemik berkenaan. Sementara itu, sebuah kajian terkini dibuatnya pula menunjukkan baahawa serangan dihadapi kaum wanita lebih 2.5 kali ganda daripada yang dihadapi kaum lelaki.