Kemajuan Etnik Minoriti China, Agenda Sampingan Sidang UNHRC

2021-03-15 14:05:41  CRI
Share with:

Satu mesyuarat mengenai perlindungan hak asasi dan pembangunan etnik minoriti China diadakan secara dalam talian pada Jumaat lalu, bersempena sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Peserta mesyuarat sependapat bahawa pembangunan ekonomi dan sosial di petempatan etnik minoriti China, terutamanya di wilayah Xinjiang telah mencapai kemajuan besar.

Turut disentuh pada mesyuarat itu adalah mengenai taraf kehidupan, kesihatan dan pendidikan penduduk etnik minoriti di China yang makin meningkat.

Mereka senada bahawa hak dan kepentingan penduduk kaum minoriti di negara itu seperti hak kesihatan dan memajukan diri diberi jaminan sepenuhnya, sementara pelbagai etnik hidup bersama secara harmoni.

Para peserta turut menyanggah pembohongan dibuat sesetengah negara Barat menerusi petikan fakta dan data serta pengalaman masing-masing, bagi membolehkan masyarakat antarabangsa memahami keadaan sebenar mengenai pembangunan etnik minoriti China.

Mereka dalam satu kenyataan bersama menyeru semua pihak bertindak menjaga keadilan sosial, dengan meletakkan pembangunan holistik rakyat sebagai keutamaan paling tinggi.

Mesyuarat itu dihadiri lebih 100 wakil organisasi sosial serta pakar dan sarjana dari negara-negara termasuk China, Thailand, Rusia, Mesir,  Serbia, Tajikistan, Kazakhstan dan Pakistan. 

梁靓