Pelancong Bertambah, Risiko Penularan COVID-19 Meningkat

2021-03-15 13:06:50  CRI
Share with:

Perjalanan rentas negeri sempena cuti musim bunga ini akan meningkatkan risiko penularan wabak COVID-19 di Amerika Syarikat (AS).

Demikian dinyatakan Pengarah Pusat Pengawalan dan Penceghan AS (CDC), Rochelle Walensky baru-baru ini.

Pakar perubatan memberi amaran bahawa walaupun jumlah kes baharu harian COVID-19 kian menurun, namun masih belum tiba masanya untuk melonggarkan langkah-langkah kawalan.

Berdasarkan statistik terkini Jabatan Keselamatan Pengangkutan AS, jumlah pelancong yang menerima pemerikasaan keselamatan di lapangan terbang seluruh negara mencatat hampir 1.36 juta pada 12 Mac lalu, sekali gus mencipta rekod tertinggi sejak 15 Mac tahun 2020.

Sementara itu, Datuk Bandar Miami Beach, Dan Gelber menyatakan rasa bimbang kerana terlalu banyak pelancong berduyun-duyun ke bandar itu.

Menurut laporan CNN, ramai orang memilih untuk melancong ke Florida pada cuti musim bunga ini.

胡星