WHO Mahu Pemvaksinan Dijalankan di Semua Negara

2021-03-16 12:05:01  CRI
Share with:

WHO Mahu Pemvaksinan Dijalankan di Semua Negara_fororder_1709893641

Kebanyakan negara masih tidak dapat memperoleh vaksin COVID-19 dan ini telah menjadi ancaman terbesar bagi negara-negara terbabit.

Demikian ujar Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media semalam.

Menurutnya, beberapa negara paling kaya telah membeli vaksin yang cukup yang mampu menjalankan pemvaksinan kepada warganya untuk beberapa kali. Namun ada beberapa negara tidak dapat memperoleh vaksin.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru pelbagai negara memperkukuh perpaduan demi memastikan pemvaksinan mula dijalankan di semua negara dalam 100 hari pertama tahun ini.

覃淼