Ribut Melanda, Pengangkutan Vaksin Terjejas

2021-03-16 13:33:38  CRI
Share with:

Negeri Colorado dan Wyoming Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk menutup pejabat kerajaan dan kemudahan awam termasuk jalan raya dan sekolah akibat ribut musim sejuk yang melanda baru-baru ini. Cuaca buruk ini turut menjejaskan pengangkutan vaksin COVID-19, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Denver terpaksa ditutup selama beberapa jam.

Setakat 14 Mac lepas, salji di sekitar lapangan terbang Denver setebal 68 sentimeter, merekodkan catatan keempat tertinggi dalam sejarah bandar itu.

Jurucakap jabatan kesihatan Wyoming, Kim Deti menyatakan, pegawai persekutuan telah menghentikan pengangkutan vaksin di kawasan berkaitan untuk sementara waktu bagi memelihara keselematannya.

胡星