Sekurang-kurangnya 10 Maut Ribut Pasir di Mongolia

2021-03-16 13:03:54  CRI
Share with:

Ribut pasir dan ribut salji melanda Mongolia sejak Sabtu lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang mati, termasuk seorang kanak-kanak berumur 5 tahun, manakala 11 lagi masih hilang. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan.

Menurut maklumat pihak berkuasa tempatan, kelajuan angin mencapai 20 hingga 24 meter sesaat di beberapa kawasan, ribut salji melanda kawasan utara, manakala ribut pasir membadai kawasan gobi dan padang rumput.

Ulanbator, ibu negara Mongolia turut dilanda ribut pasir yang kuat pada Ahad.

Dalam pada itu, ribu pasir juga mengakibatkan 58 khemah Mongol dan 121 rumah musnah, dan beribu-ribu haiwan ternakan hilang. Bekalan elektrik terputus di kawasan timur negara itu.

覃淼