Richard Wolff: China Bukan Ancaman

2021-03-17 13:31:50  CRI
Share with:

Richard Wolff: China Bukan Ancaman_fororder_ece2d66cb8c3295f0808ff22a6fbb7bb_556345303364530176

Dalam beberapa tahun lalu, teori "ancaman China" telah menjadi topik yang diheboh-hebohkan oleh politikus dan media Amerika Syarikat (AS). Pakar ekonomi yang terkenal dari AS, profesor Richard David Wolff menganggap bahawa pandangan salah tersebut harus dibetulkan.

Menurutnya, perbezaan antara AS dengan China tidak besar seperti yang dibayangkan, dan tidak wajar untuk menyingkirkan China. Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa hubungan antara AS dengan China memang unik. 

Profesor Wolff menganggap, China ialah sebuah negara besar yang semakin bangkit dari segi ekonomi, politik dan budaya. Sebaliknya, AS pula negara kuat yang mengalami kemerosotan, dan pengaruhnya terhadap ekonomi dunia makin berkurangan.

Mengulas dari segi kelebihan sistem China, Profesor Wolff menyatakan, dengan mengamalkan sistem ini, China telah mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam tempoh lebih 30 tahun lalu, jauh lebih pesat berbanding AS.

Sementara itu, kerajaan China boleh menggunakan tenaga seluruh masyarakat untuk menyelesaikan masalah utama, di samping membuat keputusan yang mustahak.

Beliau menegaskan, kerajaan yang kuat di China patut dipelajari oleh negara-negara lain. China bukan pesaing tetapi teladan bagi dunia.

Setelah video ucapan Profesor Wolff tersebut disiarkan melalui YouTube, ia telah mendapat sambutan baik yang meluas daripada netizen.

覃淼