Guterres Harap China, AS Capai Kemajuan Rundingan

2021-03-17 13:29:08  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berharap pertemuan peringkat tinggi antara China dengan Amerika Syarikat (AS) dapat mencapai hasil positif.

Di samping itu, kedua-dua negara ini diharap dapat mencari pendekatan kerjasama dalam penyelesaian isu-isu utama, khususnya perubahan iklim dan pembentukan semula dunia pasca pandemik.

Menurut maklumat Kementerian Luar China pada 11 Mac, ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Yang Jiechi, dan Menteri Luar China, Wang Yi akan menyertai dialog strategik peringkat tinggi China-AS yang diadakan di bandar Anchorage, AS pada 18 hingga 19 Mac ini.

Bagi pihak AS, Setiausaha Negara, Antony Blinken dan Penolong Presiden atas urusan keselamatan negara, Jake Sullivan akan turut hadir.

覃淼