Kerjasama Sains dan Teknologi Selaras dengan Kepentingan China-AS

2021-03-17 15:01:13  CRI
Share with:

Pertukaran dan kerjasama China dan Amerika Syarikat (AS) dalam sains dan teknologi selaras dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan rakyatnya. Kerajaan baharu AS dinasihatkan menghentikan sekatan tidak rasional terhadap syarikat China, agar membina iklim baik bagi menggalakkan kerjasama kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurut dapatan tinjauan pendapat terhadap kakitangan dalam sektor sains dan tekbologi AS yang dijalankan oleh media Protocol pada 15 Mac lepas, 56% responden berpendapat bahawa AS telah mengenakan sekatan yang keterlaluan terhadap syarikat sains dan teknologi China, manakala 60%  responden menyokong syariakt domestik menjalankan kerjasama lebih rapat dengan syarikat China. Selain itu, 58% responden menganggap "perang dingin" antara kedua-dua negara akan melemahkan industri sains dan teknologi AS.

Zhao mengatakan bahawa sain dan teknologi ialah enjin utama bagi mendorong pembangunan sosioekonomi. Manakala kerjasama global selaras dengan kepentingan bersama semua pihak.

Beliau mengingatkan kerajaan baharu AS mendengar suara rasional dari syarikat domestik, memandang pembangunan sains dan teknologi China dan hubungan kedua-dua negara dengan sikap objektif dan betul. 

胡星