Khidmat Kereta Api Kargo Kukuh Ikatan China-Eropah

2021-03-17 14:51:55  CRI
Share with:

Khidmat Kereta Api Kargo Kukuh Ikatan China-Eropah_fororder_0317b

Hubungan perdagangan dan ekonomi antara China dengan Jerman serta ikatan sesama rakyat bertambah akrab sejak perkhidmatan pengangkutan darat menggunakan kereta api dilancarkan sepuluh tahun lalu.

Khidmat Kereta Api Kargo Kukuh Ikatan China-Eropah_fororder_0317c

Perkhidmatan kargo Chongqing-Duisburg atau dikenali sebagai "YUXINOU", mula beroperasi pada Mac 2011, menjadikan Jerman destinasi pertama di Eropah yang mempunyai rangkaian rel terus dengan China.

Duisburg Intermodal Terminal (DIT) GmbH adalah antara sembilan syarikat penyedia khidmat agihan kontena yang paling besar di bandar barat Jerman itu.

Bagi Bernd Putens, pengalaman selama 15 tahun sebagai pengurus besar syarikat itu telah memberikannya peluang untuk menyaksikan perkembangan rangkaian rel kargo tersebut.

Khidmat Kereta Api Kargo Kukuh Ikatan China-Eropah_fororder_0317a

Menurut beliau, sejak khidmat pengangkutan itu diperkenalkan, pelbagai pencapaian cemerlang berjaya direkodkan seperti pertambahan perkhidmatan tren dan kepelbagaian barangan.

Seiring dengan kemajuan teknologi dan arus pembangunan digital, laluan rel yang menghubungkan dua negara itu dikendalikan secara lebih cepat, cekap dan mapan.

"Dulu hanya ada satu perkhidmatan tren buat seminggu di laluan ini, yang perniagaannya terhad kepada pelanggan tertentu.

"Sekarang, angka tersebut bertambah hingga 40, dengan bilangan pelanggan dan kuantiti komoditi naik secara drastik", tambah Putens.

Khidmat Kereta Api Kargo Kukuh Ikatan China-Eropah_fororder_0317d

Selain sarat membawa barang pengguna, kereta api itu kini juga memuatkan produk-produk berkualiti tinggi seperti komputer dan pakaian fesyen.

Meskipun sedang mengharungi penularan pandemik COVID-19, tren kargo China-Eropah masih diurus dengan baik hingga meraih prestasi unggul dengan rangkaian rel yang makin luas dan khidmat logistik yang makin cekap.

Putens turut berkata, teknologi Internet antara bidang kerjasama yang boleh diperkasakan dua pihak pada masa depan dalam usaha membantu Eropah meningkatkan kelajuan, ketepatan masa dan keselamatan tren.

董筱娉