AS Digesa Henti Cabul Hak Asasi Manusia

2021-03-18 15:13:59  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa berhenti mencabuli hak asasi manusia dengan serta merta dan mengambil tindakan bagi mengelakkan situasi hak asasi manusia di negaranya daripada memburuk lagi.

Gesaan itu disuarakan oleh wakil China ketika berucap pada sidang ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) semalam.

Sidang itu telah membahaskan keputusan kajian berkala sejagat (UPR) tentang hak asasi manusia AS.

Wakil China turut menyampaikan rasa kesal kerana AS tidak menerima kebanyakan cadangan China berhubung kajian itu.

Beliau menegaskan bahawa China memberikan perhatian tinggi terhadap situasi hak asasi manusia yang semakin buruk di AS. Negara itu tidak mengambil langkah yang berkesan untuk mengawal penularan wabak sehingga mengakibatkan kehilangan beratus-ratus nyawa.

Di samping itu, politikus AS juga menolak tanggungjawab malah menyalahkan negara lain. Sementara itu, AS menyimpan terlalu banyak vaksin COVID-19 dan enggan menyediakan vaksin kepada negara lain termasuk sekutunya.

Pada masa ini, gejala diskriminasi ras dan keganasan penguatkuasaan undang-undang oleh polis masih berleluasa di AS, dan golongan umat Islam, pelarian dan imigran menjadi mangsa diskriminasi dan ancaman.

徐国玮