Biden Ingatkan Rakyat Terus Berwaspada terhadap Wabak

2021-03-19 14:41:29  CRI
Share with:

Jumlah suntikan vaksin COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencatat 2.5 juta dos secara purata setiap hari, jauh lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain.

Presiden, Joe Biden berkata demikian ketika menyampaikan ucapan tentang pemvaksinan di negara itu semalam.

Menurutnya, 19 Mac merupakan hari ke-58 Biden menyandang jawatan presiden. Janji beliau untuk menyelesaikan pemvaksinan sebanyak 100 juta dos dalam tempoh 100 hari sejak beliau menyandang jawatan telah dicapai dengan lebih awal. Pihak berkuasa akan terus mempergiat pengeluaran dan pengedaran vaksin dan mula menjalankan pemvaksinan kepada semua golongan dewasa sebelum hujung Mei nanti.

Beliau berjanji untuk menjamin keadilan dalam pemvaksinan, menyediakan bantuan kepada golongan yang paling teruk terjejas khususnya golongan minoriti dan penduduk di kawasan terpencil.

Menurutnya, situasi wabak di beberapa negeri masih amat serius dan beliau mengingatkan rakyat perlu tetap berwaspada.

徐国玮